Make your own free website on Tripod.com
Bulughul Maram - Bab mendirikan khemah di dalam masjid

Bulughul Maram

oleh ustaz Abdullah Osman al-Iraqi

Bab mendirikan khemah di dalam masjid

Hadith riwayat Aisyah radiyallahuanha, katanya, “Setelah selesai peperangan Khandak, berlakunya kecederaan kepada Saad. Apabila Nabi saw tengok Saad dalam keadaan parah, terus Nabi pacak khemah di dalam masjid. Ditanya kepada Rasulullah saw: “Ya Rasulullah, kenapa kamu buat khemah dalam masjid?” Jawab Nabi: “Mudah-mudahan aku boleh ulang-alik tengok Saad.” (Muttafaq alaihi)

Siapa dia Saad dalam hadith di atas?...Menurut Abdil Barr (seorang ulama yang pakar dalam sejarah para sahabat radiyallahuanhu dan sejarah ulama-ulama hadith), Saad yang dimaksudkan dalam hadith di atas ialah nama sebenarnya, Abu Amru Sa`dun bin Muaz al-Ausi, yang mana beliau beriman ketika Nabi saw tiba di Madinah. Istimewanya Saad ialah beliaulah orang yang mengIslamkan keseluruhan penduduk kampung Bani Abdul Asy-hal di Madinah, yang sebelum itu adalah puak yang paling susah sekali menerima Islam pada awal kedatangan Nabi saw di Madinah. Ini yang kata “karat” habih tu tuan-tuan. Cucilah dengan apa pun, dengan fab ka, dengan klorok ka, dia dok karat macam tu la juga. Saad pakai pencuci apa, tak tau la kita? Jangan pakai hat tesco yahudi punya tu sudah. Bukannya apa tuan-tuan, apa yang ana tengok, bila hypermarket-hypermarket macam tesco tu ada di tengah-tengah sesatu kawasan, kedai-kedai runcit hat kecik-kecik di sekeliling area tu habih pakat bungkuih sebab dah tak boleh bersaing. Ini yang dikatakan yahudi tu tuan-tuan. Mula-mula depa test market dulu, pastu bila depa tengok boleh “makan”, habih depa conquer semua kat depa.

Bab test mengetest apa semua ni memang yahudi suka. Sebenarnya depa buat kartun Nabi pakai serban roket tu saja depa nak perli, nak test tengok berapa ramai umat Islam nak melenting?...Tu saja. Depa nak tengok, dalam banyak-banyak dunia Islam, kat mana yang nak bangun?...Kat Syria sikit, kat Lebanon sikit, kat Afghanistan mati dua tiga orang kena tembak. Kat Saudi, langsung tak bangun. Kat Indonesia yang umat Islam paling ramai, 150 orang saja yang bangun. Hat last sekali bangun, di M`sia, Jumaat baru-baru ni. Kalau macam ni lah tahap sensitiviti umat Islam, yahudi pasti akan buat lagi sebab depa tau Islam dah lemah.              

Berbalik kepada cerita Saad tadi; apabila Saad berjaya Islamkan satu puak yang terkenal dengan degilnya mereka (Bani Abdul Asy-hal), maka Nabi saw melantik Saad menjadi ketua kepada Ansar. Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani bahwa Saad adalah salah seorang sahabat besar Nabi, yang turut terlibat dalam peperangan Badar dan Uhud. Tapi dalam peperangan Khandak, beliau menerima kecederaan yang teruk, sehingga disebut dalam kitab Bulughul Maram tulisan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani yang disyarahkan oleh Muhammad bin Ismail as-San`ani, menceritakan bahwa Saad menerima kecederaan di bahagian lutut dengan berdarah tanpa henti selama sebulan. Nabi saw tidak sanggup melihat kecederaan yang menimpa Saad sehingga baginda sendiri nak rawat Saad. Apabila para sahabat bawa Saad kepada Nabi, baginda sendiri cepat-cepat pi pacak khemah dalam masjid baginda. Ditanya, kenapa Rasulullah buat begitu?...Baginda jawab, “Supaya Saad sentiasa di dalam pemerhatian aku.”...Ini dia tuan-tuan, penghormatan yang diterima oleh Abu Amru Sa`dun bin Muaz al-Ausi, yang tidak pernah diterima oleh sahabat-sahabat lain sebelum ini.

Dalam keadaan Nabi sedih tengok kecederaan Saad, namun Saad sendiri sedikit pun airmata dia tak menitik walaupun dalam keadaan amat parah. Darah saja yang keluar, tapi airmata tak keluar. Cekal sungguh Saad ketika menghadapi waktu genting. Tu dia yang kata sahabat Nabi tu tuan-tuan. Yang kata darah orang mati syahid ni, masyaAllah, Allah swt akan biarkan ia sentiasa mengalir keluar. Merah elok saja dia keluar, tak melekat-lekat, tak busuk. Hari tu bila Sheikh Ahmad Yasin syahid dibunuh oleh yahudi laknatullah, sahabat-sahabat yang angkat mayat dia cerita bahwa seminggu kesan darah Ahmad Yasin masih ada kat depa, masyaAllah tuan-tuan.

Bila sebut tokoh-tokoh pejuang Islam seperti Sheikh Ahmad Yasin, teringat sekali lagi ana kepada ketua Mujahidin di Iraq sekarang iaitu Sheikh Abdullah Janabi. Ana pernah cerita tentang Sheikh Abdullah Janabi ini dalam perbahasan Mastika Hadith – Jilid 1 – Hadith 61. Ana rasa nak sentuh sikit lagi tentang Sheikh Abdullah Janabi ini seperti yang diceritakan kepada ana oleh ust Abdullah Osman al-Iraqi. Saja nak cerita yang kata bersemangatnya Sheikh Abdullah Janabi itu walaupun dah menjangkau usia tua. Menurut ust Abdullah al-Iraqi, ketika beliau bersama-sama dengan Sheikh Abdullah Janabi dalam penjara Amerika di Iraq, walaupun penjara tersebut hanyalah padang pasir yang dikelilingi oleh dawai kawat sahaja tanpa bumbung, Sheikh Abdullah Janabi tetap meniup semangat kepada para tahanan dengan memberi khutbah-khutbah di setiap kali selepas solat di khemah-khemah yang begitu banyak dalam penjara padang pasir tu. Bila tengok semua khemah bangkit dengan semangat, Amerika tangkap Sheikh Abdullah Janabi dan potong sebelah tangannya di depan semua para tahanan yang begitu ramai. Depa bukan cantas bagi putus terus. Yang depa buat ialah depa saja hiris pelan-pelan bagi Sheikh Abdullah Janabi menjerit kesakitan. Para tahanan takbir ramai-ramai “Allahuakbar!”, memberi semangat kepada Sheikh Abdullah Janabi. Selepas tu, Amerika cuba pujuk Sheikh Abdullah Janabi sekali lagi supaya jangan tiupkan semangat jihad dikalangan para tahanan. Sheikh Abdullah Janabi kata kat kapten Amerika tu, “Aku tak akan henti!”...Nampak tak tuan-tuan, semangat yang ada pada Sheikh Abdullah Janabi. Ini dia tuan-tuan contoh, betapa bezanya orang Islam yang ada darah Islam ori dengan orang Islam yang ada darah kelam-kabut. Dia tak rela bersekongkol dengan kufar Amerika dan sekali-kali tidak akan tunduk dengan pujukan Amerika. Datang kapten hat lain, pujuk punya pujuk punya pujuk, last sekali bila depa tengok Sheikh Abdullah Janabi tak makan pujuk, diarah supaya dipotong sebelah tangan lagi. Maka putuslah kedua-dua tangan Sheikh Abdullah Janabi dipotong oleh Amerika.

Beliau hanya dirawat dua hari sahaja dalam wad. Hari ketiga, dia dihumban kembali bersama-sama dengan tahanan yang lain. Pada masa tu, siang hari cuaca amat panas. Penjara tu open, bila ribut debu mai, habih debu-debu pasiaq melekat-lekat kat kesan-kesan luka kena potong di lengan Sheikh Abdullah Janabi. Lama kelamaan, Sheikh Abdullah Janabi tumbang pitam. Bila tumbangnya Sheikh Abdullah Janabi, tahanan-tahanan yang lainnya buat tunjuk perasaan, minta supaya pihak Amerika cepat buat rawatan kepada Sheikh Janabi. Tapi Amerika buat tak peduli saja. Akhirnya bila tahanan dah tak tahan tengok keadaan Sheikh Abdullah Janabi, depa pakat baling batu kat Amerika. Kena batu, baru Amerika respon dengan tembakan-tembakan peluru getah, habih pakat luka-luka semua, pastu Amerika ambik Sheikh Abdullah Janabi yang ketika tu dah teruk dan bawa ke Hospital Baghdad. Tak lama kemudian, diberitakan bahwa Sheikh Abdullah Janabi dibebaskan.

Kemudian bila keadaan dia bertambah sihat, dia keluar bertemu dengan bekas-bekas tentera Saddam Hussein yang bermazhab sunni untuk dikumpul kembali. Dia berucap kepada mereka, “Kita berbeza dengan Palestin dan Afghanistan, kerana depa takdak senjata. Sebaliknya kita ada berbagai-bagai senjata serta ada kemahiran dan kemampuan di bidang ketenteraan. Kebanyakan dari kita adalah pakar bom dan tentera-tentera yang terlatih.”...Ini dia yang kata Iraq tu tuan-tuan, yang merupakan ranking ke 5 di dunia dalam bidang ketenteraan. M`sia pun ranking juga, tapi nomor 5 ke bawah. Kita beli helikopter, terbang-terbang, kipas tercabut, jatuh atas pokok ketapang. Kapal-selam pun beli jugak tapi hat Rusia nak scrap punya. Selam-selam, tak naik dah. Macam ni kalau Amerika mai serang, takdan dia landing, awai-awai kita dah surrender. Tapi Iraq, masa Amerika serang dia tahun 1991 dulu, Amerika sebenarnya telah dimalukan sebab tu Amerika cabut. Saddam Hussein buat keretakebal-keretakebal dari balon sebagai umpan, bila jet-jet pejuang Amerika tembak roket-roket kat keretakebal balon dan apabila balon tu kena bom, dia akan naik pi serkup jet-jet pejuang Amerika, pakat jatuh habih jet-jet pejuang Amerika. Ini dia teknologi Iraq yang sangat-sangat ditakuti oleh Amerika. Banyaklah lagi yang Amerika kena tipu dengan Saddam Hussein time depa attack 1991 dulu. Amerika tak mampu nak teruskan serangan depa time tu. Lalu depa guna PBB sebagai baluci untuk sambung sekatan ke atas Iraq. Bertahun-tahun kita lihat Iraq disekat, sehingga betoi-betoi parah, ketika itu barulah Amerika attack kali kedua.

Kali kedua tu pun, Amerika bukan berani serang terus camtu saja, kali ni depa guna sekutu depa dari puak shiah sebagai pengkhianat pi buat kacau kat Baghdad. Depa declare Saddam Hussein dah surrender kat Amerika. Bila dengaq-dengaq camtu, kebanyakannya dah termakan dengan tipu muslihat shiah sehingga hampir 2/3 tentera Saddam Hussein letak jawatan. Seluruh Baghdad sudah diumum tentang perkara tu. Akhirnya bila Saddam Hussein keluar untuk counter duduk perkara sebenar, dia dah terlewat. Moral tentera-tenterta Iraq ketika itu dah merudum teruk walaupun pertempuran tak berlaku lagi di Baghdad. Menurut ust Abdullah al-Iraqi, yang berlaku pertempuran ialah di kawasan Mator yang terletaknya Lapanganterbang Antarabangsa Saddam. Ribuan tentera-tentera Amerika mati disitu. Bukti yang kata Amerika cuba tutup cerita tentang ribuan tenteranya mati, ialah bila para tahanan di penjara Mator terhibu bau busuk, pastu depa korek-korek dan jumpa begitu ramai bangkai manusia dalam keadaan hitam akibat kena bom kimia. Apabila tahanan tadi dipindahkan si tempat lain, depa korek-korek lagi, depa jumpa lagi dengan bangkai-bangkai yang dalam keadaan amat ngeri. Check-check tengok, rupa-rupanya bangkai tu semua adalah rakyat Amerika sendiri. Sapa lagi hat jenih pakai rantai-rantai dengan gelang-gelang apa semua tu kalau bukan tentera kufar. Sebenarnya Amerika yang bunuh tentera-tentera dia sendiri bila depa tembak bom-bom kimia di kawasan Lapanganterbang Saddam hari tu.

Berbagai-bagai cara Amerika buat sebelum dia dapat masuk Baghdad. Antara yang diguna mereka ialah dengan cara melepaskan gas kimia sehingga pakat lena habih seluruh Baghdad. Namun ada tentera-tentera Iraq yang menyedari tentang perkara tu, depa dengan segera tunjuk-ajar kepada penduduk-penduduk supaya basahkan tuala-tuala dengan air, kemudian tutup mata, mulut dan seluruh muka dengan tuala basah tadi untuk elakkan daripada terus lena. Dalam cubaan untuk tawan Saddam airport, Amerika menggunakan senjata kimia. Ramai askar-askar Saddam yang kena serpihan bom kimia tersebut. Menurut ust Lah al-Iraqi, sapa yang kena kat tangan, doktor-doktor minta tolong supaya tangan-tangan itu dipotong. Jadi, semua orang yang buat kerja sukarela tolong doktor akan diberi pisau sorang satu. Tentera-tentera yang cedera terlalu ramai sampai melimpah hingga ke luar fasiliti hospital dan tangan depa dipotong di situ juga. Dan sapa yang kena kat kepala, habih tuan-tuan, tak boleh nak buat apa-apa, melainkan kena serkup dalam plastik dan terpaksa ajar talkin. Dalam masa beberapa minit saja, isi muka akan luruh habih sampai tinggai tulang dan isi tu jadi ayaq color hijau. Kejadian macam ni langsung tak masuk dalam tv, padahal menurut ust Lah, semua wartawan dunia yang membuat liputan di Iraq time tu ada di sana. Mereka menyaksikan kejadian-kejadian itu termasuklah wartawan-wartawan tv1, tv3, ntv7 dari M`sia, tapi pasai apa liputan tersebut tidak disiarkan?...Sebabnya ialah depa takut kepada Amerika. Sebenarnya apa yang wartawan dari M`sia lapor, semuanya bohong belaka. Kebanyakan depa ciplak terus dari CNN, BBC atau al-Jazeera. Macamana depa nak lapor benda betoi sedangkan depa sendiri takut nak keluar dari bangunan yang depa duduk? Depa buat juga laporan kononnya berlaku macam ni, macam ni, padahal depa duduk kat tingkat 6, tak keluar-keluar. Ust Lah sendiri menjadi saksi perangai wartawan-wartawn M`sia di Iraq sebab dialah orang yang dok masak kat puak wartawan yang tak berani keluaq tu.

Berbalik kepada cerita Sheikh Abdullah Janabi tadi; apabila beliau semakin berpengaruh, Amerika jemput dia untuk berbincang. Tetapi jemputan Amerika ditolak mentah-mentah oleh Sheikh Abdullah Janabi, kata dia, “Perbincangan apa pun aku takmau melainkan hangpa keluar dari bumi Iraq ataupun aku hantar kamu ke jahanam!”...Sekali lagi kita tengok betapa tegasnya Sheikh Abdullah Janabi. Tak beberapa lama kemudian beliau ditangkap sekali lagi orang Amerika di kawasan Fallujah. Mujahidin segera buat intipan di mana Sheikh Abdullah Janabi ditahan. Tak sampai seminggu, depa dapat kesan lokasi tersebut dan mengepung kawasan berkenaan. Dalam cubaan untuk membebaskan Sheikh Abdullah Janabi kali itu menyaksikan hampir 200 pejuang Mujahidin gugur syahid, termasuklah ratusan kufar turut maut. Berita ini sikit pun tak dikeluarkan oleh media, sedangkan ia satu berita yang serious.

Selepas berita pembebasan Sheikh Abdullah Janabi tersebar, pihak Amerika arahkan semua masjid-masjid di Baghdad tidak boleh mendirikan solat berjemaah dan tidak boleh mengumandang azan. Mana-mana orang yang pi sembahyang akan ditangkap. Kita di M`sia tak tau pun berita ini sebab media kita sengaja menyembunyikan cerita ini kepada rakyat kita. Tapi dalam masa yang sama ketika itu, pagi petang CNN siarkan tentang kematian Sheikh Abdullah Janabi. Depa kata, Sheikh Abdullah Janabi terbunuh ketika serangan yang dilakukan oleh Mujahidin ke atas lokasi tersebut. Al-Jazeera yang kita sangka menyebelahi umat Islam, turut juga bersubahat dengan Amerika dengan menayangkan jenazah Sheikh Abdullah Janabi diusung di seluruh Baghdad, sedangkan jenazah itu bukanlah Sheikh Abdullah Janabi, sebaliknya ia adalah jenazah ketua mufti Iraq Sheikh Abdul Kadeer Mudaris.

Ketika kecoh kata Sheikh Abdullah Janabi dah mati, tiba-tiba beliau keluar di khalayak ramai di kawasan Baghdad dalam keadaan kedua-dua tangan dan kakinya dipotong. Jadi, Amerika telah memotong kedua-dua kaki Sheikh Abdullah Janabi ketika beliau ditangkap buat kali kedua itu. Beliau keluar dan menyeru agar semua umat Islam keluar untuk melakukan sembahyang Jumaat. Bila semua pakat keluar, maka beliau diangkat oleh Mujahidin ke atas mimbar untuk berkhutbah sehingga hampir sejam setengah di sebuah masjid di Baghdad. Dalam khutbahnya beliau berkata, “Ingat kaum muslimin sekelian! dulu kita semua ingin berjihad di bumi Palestin, di bumi Afghanistan, di bumi Chechnya, di bumi Kashmir, tapi hari ini, Allah telah membuka seluas-luasnya pintu jihad di bumi kita sendiri. Musuh laknatullah dah ada di depan mata kita sendiri, inilah peluang untuk kita berjihad. Bila lagi untuk kita nak berjihad? Sembahyang 1000 rakaat pun belum tentu kita ke syurga, tetapi dengan kita mempertahankan hak kita, InsyaAllah, terus kita ke syurga.”...Ketika Sheikh Abdullah Janabi berkhutbah, Amerika dah kepung keliling masjid tersebut, siap dengan keretakebal-keretakebalnya, helikopter-helikopternya, pesawat-pesawat perangnya, sniper-snipernya, semuanya bersiap-sedia nak tangkap Sheikh Abdullah Janabi yang kudung kedua belah tangan dan kaki tu. Bila semua sudah siap-sedia, turun Kapten Amerika dari helikopter untuk pastikan betul ke tidak Sheikh Abdullah Janabi yang berkhutbah?...Bila dipastikan betul, Kapten buat annoucement kat tentera-tentera dia, “Jangan buat apa-apa kepada Sheikh Abdullah Janabi. Biarkan dia berkhutbah sehingga selesai sembahyang.”...Nampak tak tuan-tuan, walaupun Amerika itu kafir, tapi dia masih ada sifat ke”gentleman”nya dengan dibiarkannya sehingga selesai solat Jumaat. Tapi kekadang di negara Islam hadhari ini sendiri, tok guru takdan habih berdoa untuk tutup ceramah, tiba-tiba dah sampai gas-gas pemedih mata atau pancutan air berasid. Gentleman apa namanya tuan-tuan kalau macam ni punya gaya?

Ya, memang kita boleh kutuk kezaliman yahudi ke atas umat Islam, tetapi untuk kita nak cari ketidak-adilnya pemimpin yahudi ke atas rakyatnya sendiri, susah nak jumpa tuan-tuan. Cuba kita tengok, besar mana rumah timbalan perdana menteri yahudi?...Ada besaq macam timbalan perdana menteri kita punya ka?...Kita tak akan jumpa tuan-tuan sebab menteri-menteri yahudi semuanya duduk di flat. Bukan macam menteri-menteri kita, yang masing-masing punyai rumah seakan-akan mahligai, tetapi dalam masa yang sama, boleh buat program “Bersamamu”. Sedangkan ditafsirkan bahwa sebijik rumah depa, boleh selesaikan beratus ribu masalah kemiskinan dalam negara kita. Ini dia tuan-tuan, comparison antara pemimpin yahudi yang kita marah sangat tu dengan pemimpin kita yang amat kita sayangi. Kita pun tak tau, apa sebenar yang pemimpin-pemimpin kita nak, sampai rumah sebijik harga ratusan juta ringgit?...Masing-masing pakat pulun himpun harta seberapa banyak yang boleh. Itu yang kita nampak tujuan mereka jadi pemimpin. Tapi dalam masa yang sama, depa minta pertolongan rakyat bersedeqah melalui beras Faiza dalam program “Bersamamu”. Yang kita herannya, berbillion-billion dok ada dalam Baitulmal tu untuk apa?...Yang kita tau berbillion-billion tu pun sebab paper yang dedahkan kehilangan berbillion ringgit hari tu. Cuba kita lihat pandangan Imam an-Nawawi, ketika khalifah nak minta cukai dari rakyat untuk membiayai kos ketenteraan. Imam Nawawi kata boleh tapi dengan syarat khalifah dulu kena jual apa yang ada di istana khalifah, kalau tak cukup, baru cukai ke atas rakyat dibolehkan. Ini yang sepatutnya dilakukan oleh negara yang mengaku sebagai negara Islam. Jadi, masalah kemiskinan dalam negara kita hari ini adalah tanggungjawab Baitulmal, bukannya program “Bersamamu”. Yang ni kita kena reti tuan-tuan. Jangan kita tengok “Bersamamu” dari sudut kesian saja, kita kena ada pertanyaan dalam diri kita, “Mana pi duit hat aku bagi kepada pusat urus zakat?”...Sunyi sepi sampai hari ini, sapa pun tak tau sebab apa duit Baitulmal hilang?

Okay berbalik sekali lagi kita kepada cerita Sheikh Abdullah Janabi tadi; kalau antum semua tengok vcd yang disebarkan oleh Mujahidin di Mekah dan Madinah, antum boleh lihat bagaimana kuatnya semangat Sheikh Abdullah Janabi. Ketika seluruh dunia menyatakan bahwa ketua Mujahidin Iraq Sheikh Abdullah Janabi dah mati, tiba-tiba disebarkan vcd ucapan beliau dalam khutbah tersebut. Dalam vcd itu juga ditunjukkan bagaimana Sheikh Abdullah Janabi dengan sendirinya kesot-kesot turun dari mimbar dalam keadaan kedua-dua tangan dan kakinya dah takdak. Dia kesot-kesot dan terus  mengimamkan solat Jumaat. Sebaik saja selesai dia bagi salam, Amerika serbu masuk dalam masjid dan tangkap semua jemaah, namun yang tidak berjaya ditangkap ialah imam solat Jumaat. Ini dia tuan-tuan, apa lagi yang kita nak untuk Allah buktikan kepada kita?...Dari segi logik, mustahil untuk sesiapapun terlepas dari kepungan tentera kufar yang serba canggih itu, apalagi imamnya tangan dengan kaki pun takdak. Namun, selang beberapa hari selepas kejadian tersebut, beliau berucap dalam vcd yang disebarkan di Mekah dan Madinah, katanya, “Aku dibebaskan oleh Allah ta`ala!”...Amerika tengok vcd tu, jadi pening pakai kokyok.

Okay tuan-tuan berbalik kita kepada perbahasan hadith; hukum yang boleh diistinbatkan dari hadith riwayat Aisyah ini ialah:

1)       dibolehkan tidur dalam masjid. Kalau sapa ditimpa bencana seperti banjir atau kebakaran umpamanya, maka bolehlah diberi penempatan di masjid kepada mangsa-mangsa. Tapi kalau dia dah ada rumah, dan tak kena bencana apa pun, dia saja-saja seronok nak duduk di masjid, slowly kita mau angkat barang-barang dia dengan dia sekali pi letak kat luar. Tu baru betoi.

2)      sekiranya seseorang dalam keadaan sakaratul maut, dibolehkan tempatkan dia di masjid. Keadaan seperti ini dibolehkan sekiranya rumah dia sempit, adik beradik pula mai ziarah punya la ramai sampai si sakit tak selesa, maka dibolehkan ketika itu bawa dia ke masjid. Begitu juga kalau tuan-tuan nak baca Quran kepada orang yang dalam keadaan nazak, tolong baca dengan nada sebaik mungkin. Jangan baca “ngung ngang ngung ngang” apa bijik butiaq pun tak tau. Dan kalau nak talqin, tolong pegang tangan dia dan sebut di tepi telinga dia “Lailahaillallah” dengan nada yang tenang, sebut sebijik-sebijik. Jangan kelam-kabut sebab ketika nazak, dia perlu kepada suasana tenang.

Dalam perbincangan ulama-ulama fekah pula, mereka telah meletakkan syarat tentang hal ini, iaitu dibolehkan si sakit diletakkan di masjid sekiranya dia boleh mengerjakan sembahyang. Namun, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani ketika membahaskan hadith Saad itu, beliau menyebut bahwa Nabi bawa masuk terus Saad ke dalam masjid tanpa baginda tengok Saad mampu sembahyang ataupun tidak. Dan terbukti, Saad tidak mampu untuk mengerjakan solat dalam keadaan kecederaan parahnya itu. Jadi di sini, ulama-ulama hadith mengatakan bahwa kalau dia dibawa ke masjid dalam keadaan sakit, dia tak sembahyang pun takpa. Mudah-mudahan dengan dia melihat orang sembahyang, dia juga turut ikut sembahyang.

Bukannya apa tuan-tuan; kekadang heran kita tengok orang yang sakit teruk-teruk takdak ubat macam kat hospital tu, sebab walaupun dah gerenti penyakit dia tak boleh sembuh, tapi sembahyang tetap dia tak mau buat. Sepatutnya dalam keadaan last minit dia macam tu, dia mau pikiaq la apa dia nak bawa bertemu dengan Allah. Tapi main ngan ego yang terlalu melampau, dia tetap menolak kefarduan yang ditetapkan ke atas bahu dia. Nauzubillahiminzalik.                   

Allahu ta`ala `alam        

13 Feb `06 

gambar_dimekah4.jpg